Monday 30 April 2012

Sejarah Pengaturcaraan


Pembangunan Bahasa Pengaturcaraan mengikut perkembangan proses fizikal dan elektronik yang diguna dalam komputer hari ini.
Charles Babbage terkenal sebagai perekabentuk mesin ala-komputer yang pertama, di mana beberapa aturcara telah ditulis padanya, oleh Ada Lovelace.
Alan Turing mengguna konstruktur teori Mesin Turing yang berfungsi secara prinsip seperti komputer moden, berdasarkan aturcara tahap rendah yang diinput.
Dalam 1940an, komputer berkuasa elektrik moden yang pertama telah dicipta, dan memerlukan Juruaturcara mengawal mesin secara manual(dengan tangan). Beberapa keperluan untuk pengiraan ketenteraan, telah menjadi kuasa penolak dalam pembangunan komputer. Ini termasuk enkripsi, dekripsi, pengiraan pelancaran, dan pengiraan jumlah nombor yang besar dalam pembangunan bom atom. Pada masa itu, bentuk komputer amat besar, lambat, dan mahal. Kemajuan teknologi elektronik selepas perang telah mendorong pembinaan komputer elektronik yang lebih praktikal. Pada masa itu, Konrad Zuse memberi gambaran tentang penggunaan Bahasa Pengaturcaraan seperti pada hari ini.
Penemuan seterusnya dalam teknologi elektronik (transistor, litar bersepadu, dan cip), telah mendorong pembangunan komputer yang lebih diharap, dan berguna. Pembangunan ini selari dengan pembangunan beberapa variasi Bahasa Komputer yang dilarikan di atasnya. Apabila Komputer lebih mudah didapati dan diguna, lebih ramai pengguna menggunakan komputer. Ledakan pembangunan ini seterusnya menyebabkan kemunculan Internet, lebih mudah mendapatkan Komputer Peribadi, serta meningkatkan penggunaan Bahasa Pengaturcaraan Komputer, seperti Python, Visual Basic, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment